- Pemohon adalah waris kepada si mati atau pentadbir yang telah dilantik oleh Mahkamah atau Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).
- Kategori waris adalah mengikut keutamaan seperti berikut:
-
- Waris Ashabul Furud (isteri, suami, ibu, bapa, anak kandung, saudara seibu, saudara seibu sebapa atau saudara sebapa).
-
- Waris Dhawil al-Arham (Cth : anak lelaki kepada saudara seibu sebapa perempuan).
-
- Anak tiri / anak tak sah taraf.
-
- Anak angkat / anak susuan.
-
- Waris melalui sebab perkahwinan.
-
- Waris si mati yang bukan beragama Islam; dan
-
- Mana-mana individu yang mempunyai kepentingan seperti kes jual beli sebelum kematian.
- Pemohon hendaklah berusia 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan.
- Pemohon hendaklah mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh.
- Pemohon perlulah mengemukakan dokumen yang lengkap dan sah kepada MAIS semasa mengemukakan permohonan.
- Pemohon hendaklah mendapatkan akuan persetujuan daripada waris-waris si mati untuk menebus hartanah milik Baitulmal kecuali pemohon adalah Pentadbir.
- Pemohon perlulah akur dan bersetuju dengan nilaian yang akan ditetapkan oleh MAIS atau mana-mana nilaian yang diiktiraf oleh MAIS.
- Pemohon perlulah bertanggungjawab menguruskan sendiri segala proses teknikal seperti pindahmilik, consent dan sebagainya di agensi berkaitan dengan harta yang ditebus, setelah selesai pembayaran di MAIS.
